Kucing Demam: Macam Mana Nak Tahu Kalau Kucing Panas atau Demam?



Pegang badan kucing rasa panas, hidung pula kering. Adakah kucing demam?

Jangan terus buat kesimpulan berdasarkan hidung sahaja. Hidung kucing boleh menjadi kering atau terasa panas disebabkan persekitaran, tidur atau faktor lain.

Apa Tanda Kucing Demam?

Kucing yang mengalami demam mungkin menunjukkan perubahan seperti:

  • - Badan terasa lebih panas daripada biasa
  • - Kurang aktif dan banyak tidur
  • - Hilang selera makan
  • - Kurang minum
  • - Bersembunyi
  • - Menggigil
  • - Kurang grooming
  • - Kelihatan lemah
Namun, simptom ini juga boleh berlaku akibat masalah kesihatan lain.

Berapa Suhu Normal Kucing?

Suhu badan normal kucing biasanya sekitar 38.1°C hingga 39.2°C.

Cara yang lebih tepat untuk mengetahui sama ada kucing benar-benar demam ialah dengan mengukur suhu menggunakan thermometer, bukan dengan menyentuh hidung atau telinga sahaja.

Jika anda tidak biasa mengambil suhu kucing, lebih selamat biarkan vet melakukannya bagi mengelakkan kecederaan atau stress.

Bila Perlu Jumpa Vet?

Jika kucing kelihatan sangat lemah, langsung tidak mahu makan/minum, muntah, cirit-birit, sukar bernafas atau perubahan keadaan berterusan, dapatkan pemeriksaan veterinar.

Jangan berikan paracetamol atau ubat demam manusia kepada kucing. Sesetengah ubat manusia boleh menjadi sangat toksik kepada kucing.

Di MeowCasa Boutique Cat Hotel & Spa, perubahan selera makan, aktiviti dan keadaan fizikal turut diperhatikan sepanjang kucing boarding.

Hidung panas tak semestinya demam, perubahan behaviour dan suhu badan sebenar lebih penting untuk diperhatikan.

Categories: Cat Guide

Browse by categories