Kes kucing mati tiba-tiba ketika boarding di cat hotel memang sesuatu yang sangat mengejutkan. Persoalan pertama biasanya: “Kucing saya nampak sihat sebelum check-in, macam mana perkara ini boleh berlaku?”
Hakikatnya, rupa luaran sahaja tidak dapat memastikan seekor kucing benar-benar sihat.
Kucing Boleh Menyembunyikan Tanda Sakit
Kucing secara semula jadi boleh menunjukkan tanda penyakit yang sangat subtle. Ada keadaan yang mungkin belum pernah dikesan sebelum boarding.Antara masalah kesihatan yang boleh menyebabkan kucing merosot dengan cepat termasuk penyakit jantung tertentu, masalah pernafasan, urinary obstruction, sawan, keracunan dan penyakit dalaman lain.
Stress akibat perubahan persekitaran juga boleh mempengaruhi keadaan sesetengah kucing, tetapi tidak wajar dianggap sebagai punca kematian tanpa pemeriksaan veterinar.
Apa Peranan Cat Hotel?
Cat hotel tidak boleh mengesan semua penyakit tersembunyi. Namun, SOP yang baik boleh membantu mengenal pasti perubahan lebih awal.Semasa boarding, perkara seperti:
- - Selera makan dan minum
- - Kencing dan najis
- - Pernafasan
- - Muntah atau cirit-birit
- - Tahap aktiviti
- - Perubahan tingkah laku perlu diberi perhatian.
Jika terdapat perubahan yang membimbangkan, owner perlu dimaklumkan dan pemeriksaan vet mungkin diperlukan.
Di MeowCasa Boutique Cat Hotel & Spa, pemantauan keadaan kucing merupakan sebahagian penting daripada rutin boarding.
Jika berlaku kematian mengejut dan puncanya tidak diketahui, pemeriksaan veterinar atau post-mortem boleh membantu menentukan punca sebenar berbanding membuat kesimpulan berdasarkan keadaan sebelum kejadian sahaja.