Pangkal Ekor Kucing Berminyak & Ada Bintik Hitam? Mungkin Stud Tail



Pernah perasan bahagian pangkal ekor kucing sangat berminyak, bulu melekit atau ada bintik-bintik hitam? Walaupun dah mandi, kawasan itu mungkin cepat berminyak semula.

Keadaan ini dikenali sebagai Stud Tail.

Apa Itu Stud Tail?

Stud tail berlaku apabila kelenjar minyak di kawasan pangkal ekor menghasilkan sebum secara berlebihan.

Ia lebih sinonim dengan kucing jantan yang belum neuter, tetapi kucing jantan yang sudah neuter dan kucing betina juga boleh mengalaminya.

Antara tanda yang boleh diperhatikan:

  • - Bulu pangkal ekor sangat berminyak
  • - Bulu nampak melekit atau bergumpal
  • - Bintik hitam seperti blackheads
  • - Kulit berkerak atau bersisik
  • - Bulu menipis di kawasan tersebut
  • - Bau kurang menyenangkan

- Bukan Sekadar Ekor Kotor

Minyak yang berlebihan boleh menyebabkan kotoran mudah melekat dan kawasan tersebut menjadi sukar dibersihkan dengan mandian biasa.

Jika kulit menjadi sangat merah, bengkak, sakit, bernanah atau berbau kuat, pemeriksaan vet diperlukan kerana mungkin terdapat masalah kulit atau jangkitan lain.

Grooming Boleh Membantu?

Penjagaan coat dan pembersihan yang sesuai boleh membantu menguruskan minyak berlebihan pada kawasan tersebut. Elakkan menggosok terlalu kuat atau menggunakan produk manusia kerana ia boleh menyebabkan iritasi.

Di MeowCasa Boutique Cat Hotel & Spa, keadaan kulit dan coat diperiksa sebelum grooming supaya rawatan grooming boleh disesuaikan dengan keadaan kucing.

Kalau pangkal ekor sentiasa berminyak walaupun kucing baru mandi, mungkin bukan sebab dia kotor, check kemungkinan Stud Tail.

Categories: Cat Guide

Browse by categories