Nama dia ringworm, tapi sebenarnya langsung bukan disebabkan oleh cacing. Ringworm pada kucing ialah jangkitan kulat pada kulit dan bulu yang boleh merebak kepada haiwan lain dan juga manusia.
Macam Mana Nak Kenal Ringworm?
Antara tanda yang boleh muncul pada kucing ialah:- - Tompok bulu gugur atau botak
- - Kulit bersisik dan berkerak
- - Bulu kelihatan patah atau tidak sekata
- - Kemerahan pada kulit
- - Kucing menggaru kawasan tertentu
- - Tompok yang kadangkala kelihatan berbentuk bulat
Ringworm Mudah Berjangkit?
Ya. Spora kulat boleh tersebar melalui bulu yang tercemar serta barangan seperti carrier, bedding, towel, comb dan permukaan persekitaran.Sebab itu kalau ada seekor kucing disahkan ringworm, kebersihan persekitaran dan barang yang digunakan bersama juga perlu diberi perhatian.
Jangan Confirm Ringworm Berdasarkan Rupa Sahaja
Tak semua tompok botak ialah ringworm. Masalah kutu, allergy, overgrooming dan penyakit kulit lain boleh memberikan rupa yang hampir sama.Veterinar boleh melakukan pemeriksaan dan ujian yang sesuai untuk membantu mengesahkan diagnosis.
Di MeowCasa Boutique Cat Hotel & Spa, pemeriksaan keadaan kulit dan coat dilakukan sebelum grooming dan check-in hotel. Jika terdapat tanda yang mencurigakan atau kemungkinan penyakit kulit berjangkit, pemeriksaan vet mungkin diperlukan terlebih dahulu.
Ringworm boleh merebak walaupun nampak macam masalah kulit yang kecil. Lagi awal dikenal pasti, lagi mudah untuk mengawal penyebarannya.