Nampak Bintik Hitam Dalam Bulu Kucing: Tahi Kutu atau Kotoran Biasa?


Tengah sikat bulu kucing, tiba-tiba nampak bintik hitam kecil macam serbuk lada dekat kulit. Kotoran biasa ke… atau sebenarnya tanda ada kutu?

Bintik tersebut mungkin flea dirt atau tahi kutu, terutama jika kucing turut kerap menggaru atau menggigit badannya.

Apa Itu Flea Dirt?

Flea dirt ialah najis daripada kutu dewasa yang mengandungi darah yang telah dicerna. Ia biasanya kelihatan seperti bintik hitam atau coklat gelap yang melekat di celah bulu.

Ia sering ditemui di kawasan seperti:

  • - Pangkal ekor
  • - Belakang badan
  • - Perut
  • - Leher
  • - Celah bulu yang tebal


Macam Mana Nak Bezakan Dengan Kotoran?

Salah satu cara mudah ialah menggunakan tisu atau kapas putih yang dilembapkan.

Letakkan beberapa bintik tersebut di atas permukaan basah. Jika ia mula meninggalkan kesan merah kecoklatan, ia mungkin flea dirt kerana mengandungi darah yang telah dicerna.

Walaupun anda tak nampak kutu bergerak, kewujudan flea dirt boleh menjadi petunjuk bahawa kucing telah terdedah kepada kutu.

Jangan Tunggu Sampai Kutu Banyak

Periksa juga jika kucing mengalami kegatalan, kulit merah, luka akibat menggaru atau bulu semakin menipis.

Di MeowCasa Boutique Cat Hotel & Spa, keadaan kulit dan coat diperiksa sebelum sesi grooming. Jika terdapat tanda kutu, FleaReset Treatment boleh disarankan mengikut keadaan kucing.

Kawalan kutu juga penting sebelum boarding bagi membantu menjaga keselamatan dan kebersihan semua tetamu kucing di hotel.

Tak nampak kutu bukan bermaksud tak ada kutu, kadangkala “bintik hitam” itulah clue pertama.

Categories: Cat Guide

Browse by categories