Pernah nampak kucing berdiri dan menekan kepalanya pada dinding untuk tempoh tertentu? Jangan terus anggap dia tengah mengantuk atau buat perangai pelik.
Perbuatan ini dikenali sebagai head pressing dan jika benar-benar berlaku, ia boleh menjadi tanda masalah kesihatan yang memerlukan perhatian segera.
Head Pressing Bukan Sekadar Bersandar
Jangan keliru dengan kucing yang tidur sambil muka melekap pada bantal, sofa atau dinding. Itu boleh menjadi posisi tidur biasa.Head pressing biasanya berlaku ketika kucing sedang berjaga, berdiri atau duduk dan menekan bahagian kepala pada permukaan keras secara berterusan tanpa sebab yang jelas.
Kenapa Kucing Buat Begini?
Head pressing boleh dikaitkan dengan masalah yang mempengaruhi otak atau sistem saraf, termasuk keracunan dan beberapa keadaan kesihatan yang serius.Lebih membimbangkan jika kucing turut:
- - Berjalan berpusing
- - Hilang keseimbangan
- - Kelihatan keliru
- - Mengalami sawan
- - Perubahan behaviour secara tiba-tiba
- - Lemah atau kurang responsif
Apa Perlu Buat?
Jika anda benar-benar melihat kucing melakukan head pressing, terutama bersama simptom di atas, jangan tunggu untuk melihat sama ada ia hilang sendiri. Hubungi atau bawa kucing ke veterinar dengan segera.Jika sempat dan selamat, rakam video behaviour tersebut untuk ditunjukkan kepada vet.
Di MeowCasa Boutique Cat Hotel & Spa, perubahan behaviour dan keadaan fizikal kucing turut diberi perhatian sepanjang mereka menginap. Behaviour luar biasa boleh menjadi petunjuk awal bahawa sesuatu mungkin tidak kena.
Tidur dengan muka melekap mungkin comel. Tetapi berdiri dan menekan kepala pada dinding berulang kali adalah perkara yang berbeza.