Kucing Tak Nak Makan Tapi Masih Minum Air: Berapa Lama Boleh Tunggu?



Kucing masih minum air macam biasa, tapi makanan langsung tak sentuh. Jadi boleh tunggu sebab dia masih minum?

Kalau kucing tak nak makan, jangan terlalu lega hanya kerana dia masih minum air. Hilang selera makan boleh menjadi tanda bahawa kucing sedang stress, tidak selesa atau mengalami masalah kesihatan.

Kenapa Kucing Tiba-Tiba Tak Nak Makan?

Antara kemungkinan ialah:

  • - Stress atau perubahan persekitaran
  • - Masalah gigi atau mulut
  • - Loya atau masalah pencernaan
  • - Demam atau jangkitan
  • - Sakit pada bahagian badan tertentu
  • - Perubahan makanan secara tiba-tiba
Kadangkala kucing juga menjadi cerewet dengan makanan, tetapi perubahan selera makan secara mendadak tetap perlu diperhatikan.

Berapa Lama Boleh Tunggu?

Jika kucing terlepas satu hidangan tetapi masih aktif dan kembali makan selepas itu, anda boleh terus memantau.

Namun, jika hampir 24 jam langsung tidak makan, hubungi veterinar untuk mendapatkan nasihat. Jangan tunggu beberapa hari, terutama bagi anak kucing, kucing senior atau kucing yang mempunyai masalah kesihatan.

Kucing overweight yang berhenti makan juga mempunyai risiko mengalami hepatic lipidosis (fatty liver).

Jumpa Vet Lebih Cepat Jika...

Jangan tunggu 24 jam jika kucing turut:

  • - Muntah berulang kali
  • - Sangat lemah atau bersembunyi
  • - Sukar bernafas
  • - Nampak kesakitan
  • - Tidak boleh kencing
  • - Disyaki termakan benda asing atau bahan toksik
Di MeowCasa Boutique Cat Hotel & Spa, selera makan merupakan antara perkara penting yang diperhatikan ketika kucing menginap.

Masih minum air itu bagus, tetapi ia tidak bermaksud kucing yang langsung tak makan adalah okay.

Categories: Cat Guide

Browse by categories