“Kucing saya duduk dalam rumah 24 jam. Tak pernah keluar pun… macam mana boleh ada kutu?”
Ramai owner terkejut bila kucing indoor ada kutu. Sebenarnya, kucing tak semestinya perlu keluar rumah untuk terdedah kepada kutu.
Macam Mana Kutu Boleh Masuk Rumah?
Antara kemungkinan ialah:- - Terbawa masuk dari luar – kutu atau peringkat hidupnya boleh masuk melalui persekitaran dan barangan.
- - Haiwan lain – jika ada kucing atau haiwan lain keluar masuk rumah, kutu boleh berpindah.
- - Carrier atau tempat tertentu – kucing mungkin terdedah ketika ke vet, grooming, boarding atau lokasi yang mempunyai haiwan lain.
- - Kutu sudah berada dalam persekitaran – telur, larva dan pupa kutu boleh berada di kawasan seperti karpet, celah lantai atau tempat tidur haiwan.
Apa Tanda Kucing Ada Kutu?
Perhatikan jika kucing:- - Kerap menggaru atau menggigit bulu
- - Grooming diri secara berlebihan
- - Ada bintik hitam seperti serbuk pada bulu
- - Kulit merah atau iritasi
- - Bulu mula menipis pada kawasan tertentu
Bagaimana MeowCasa Menguruskan Kutu?
Di MeowCasa Boutique Cat Hotel & Spa, kawalan kutu penting terutama untuk kucing yang akan boarding kerana ia membantu melindungi semua tetamu kucing.Kucing yang dikesan mempunyai kutu mungkin memerlukan FleaReset Treatment, dan flea prevention/spot-on merupakan sebahagian daripada langkah pencegahan sebelum penginapan mengikut keperluan hotel.
Indoor bukan bermaksud mustahil kena kutu. Bila dah jumpa seekor, jangan check kucing sahaja, persekitaran rumah pun perlu diberi perhatian.