Dah Buang Kutu Tapi Datang Balik: Kenapa Kutu Kucing Susah Hilang?


Dah mandi, dah buang kutu, tapi beberapa hari atau minggu kemudian kutu muncul semula?

Masalahnya, kutu bukan hanya hidup atas badan kucing. Sebahagian daripada kitaran hidup kutu berlaku di persekitaran rumah.

Kenapa Kutu Datang Balik?

Kutu dewasa mungkin berada atas badan kucing, tetapi telur, larva dan pupa boleh berada di:

  • - Karpet
  • - Sofa
  • - Tempat tidur kucing
  • - Celah lantai
  • - Carrier
  • - Kawasan yang selalu dilalui haiwan
Sebab itu rawat kucing sahaja kadang-kadang belum cukup.

Apa Yang Perlu Dibuat?

Untuk bantu mengurangkan masalah berulang:

  • - Bersihkan dan vacuum kawasan rumah dengan kerap
  • - Basuh bedding dan kain yang digunakan kucing
  • - Periksa semua haiwan lain dalam rumah
  • - Gunakan flea prevention yang sesuai mengikut nasihat vet
  • - Jangan campur atau guna produk kutu sesuka hati
Sesetengah produk untuk anjing boleh berbahaya kepada kucing, jadi pastikan produk memang sesuai untuk kucing.

Bagaimana MeowCasa Boleh Membantu?

Di MeowCasa Boutique Cat Hotel & Spa, kucing yang mempunyai masalah kutu boleh menjalani FleaReset Treatment untuk membantu membersihkan coat dan menguruskan kutu ketika sesi grooming. Tekan sini kalau nak book appointment slot ---> Meowcasa Boutique Cat Hotel & Spa

Untuk kucing yang akan boarding, kawalan kutu juga penting bagi melindungi tetamu kucing lain di hotel.

Kalau kutu asyik datang balik, jangan fokus pada badan kucing sahaja, persekitaran rumah juga perlu diberi perhatian.

Categories: Cat Guide

Browse by categories