Kucing Kerap Geleng Kepala Walaupun Telinga Nampak Bersih, Kenapa?



Telinga nampak bersih, tak ada tahi telinga banyak pun… tapi kenapa kucing kerap geleng kepala?

Kalau berlaku sekali-sekala mungkin normal. Tetapi jika kucing menggeleng kepala berulang kali atau mula menggaru telinga, mungkin ada sesuatu yang menyebabkan rasa gatal atau tidak selesa.

Apa Puncanya?

Telinga yang nampak bersih dari luar tidak semestinya bermaksud tiada masalah. Antara kemungkinan ialah:

  • - Ear mites atau parasit
  • - Jangkitan telinga
  • - Iritasi atau alahan
  • - Benda asing dalam saluran telinga
  • - Masalah pada bahagian telinga yang lebih dalam
Kadangkala masalah memang tidak dapat dilihat hanya dengan melihat bahagian luar telinga.

Tanda Yang Perlu Diperhatikan

Selain geleng kepala, perhatikan jika kucing:

  • - Kerap menggaru telinga
  • - Kepala senget ke satu sisi
  • - Telinga merah atau bengkak
  • - Tidak suka telinga disentuh
  • - Ada bau atau cecair dari telinga
  • - Hilang keseimbangan
Jika simptom berterusan, dapatkan pemeriksaan veterinar.

Jangan Korek Telinga Terlalu Dalam

Elakkan memasukkan cotton bud jauh ke dalam saluran telinga kerana ia boleh menyebabkan kecederaan atau menolak kotoran lebih dalam.

Di MeowCasa Boutique Cat Hotel & Spa, pemeriksaan asas telinga merupakan sebahagian daripada proses grooming. Jika terdapat keadaan yang mencurigakan, owner akan dimaklumkan dan pemeriksaan vet mungkin disarankan.

Telinga nampak bersih belum tentu semuanya okay. Kalau kucing asyik geleng kepala, cuba cari puncanya.
Categories: Cat Guide

Browse by categories