Kucing Bernafas Laju Walaupun Tengah Rehat: Normal Ke?



Kucing baru lepas bermain dan bernafas laju mungkin normal untuk seketika. Tapi bagaimana kalau kucing bernafas laju walaupun sedang tidur atau berehat?

Jika berlaku tanpa sebab yang jelas, ia tidak patut diabaikan.

Kenapa Kucing Bernafas Laju?

Pernafasan boleh menjadi lebih cepat selepas bermain, ketika stress, kepanasan atau ketakutan.

Namun, jika kucing benar-benar sedang berehat, pernafasan laju juga boleh berlaku bersama masalah seperti:

  • - Kesakitan atau demam
  • - Masalah saluran pernafasan
  • - Asma
  • - Masalah jantung atau paru-paru
  • - Anemia
  • - Keadaan kesihatan lain
Punca sebenar tidak boleh dikenal pasti hanya dengan melihat kadar pernafasan.

Macam Mana Nak Check?

Ketika kucing sedang tidur atau berehat dengan tenang, perhatikan dada naik dan turun.

Satu kali dada naik dan turun = satu nafas.

Kira selama 30 saat dan darab dua untuk mendapatkan jumlah nafas seminit. Jika kadar pernafasan ketika rehat konsisten lebih tinggi daripada kebiasaan, hubungi veterinar untuk mendapatkan nasihat.

⚠️ Bila Perlu Bertindak Segera?

Dapatkan rawatan veterinar segera jika kucing:

  • - Bernafas dengan mulut terbuka
  • - Nampak susah atau menggunakan perut untuk bernafas
  • - Gusi menjadi pucat atau kebiruan
  • - Tidak mampu berdiri atau sangat lemah
- Jangan paksa kucing bergerak atau bermain jika dia sedang mengalami kesukaran bernafas.

Di MeowCasa Boutique Cat Hotel & Spa, perubahan pada behaviour dan keadaan fizikal kucing merupakan antara perkara penting yang diperhatikan ketika mereka berada dalam jagaan.

Bernafas laju selepas bermain mungkin normal. Bernafas laju ketika sedang rehat? Itu yang perlu diperhatikan.

Categories: Cat Guide

Browse by categories