Kucing Kerap Jilat Kemaluan: Normal atau Masalah Kencing?



Kucing memang suka membersihkan diri, termasuk bahagian kemaluan. Tetapi jika kucing kerap jilat kemaluan secara tiba-tiba dan lebih daripada biasa, ia mungkin menandakan rasa tidak selesa.

Bila Ia Normal?

Menjilat sekali-sekala selepas menggunakan litter box biasanya sebahagian daripada grooming.

Namun, perhatikan jika kucing menjilat kawasan tersebut berulang kali atau kelihatan gelisah.

Perhatikan Litter Box

Menjilat kemaluan secara berlebihan boleh berlaku bersama masalah saluran kencing. Antara tanda yang perlu diperhatikan:

  • - Kerap masuk litter box
  • - Meneran ketika kencing
  • - Kencing sedikit-sedikit
  • - Mengiau ketika kencing
  • - Kencing di luar litter box
  • - Ada darah dalam air kencing
Jika terdapat tanda ini, sebaiknya bawa kucing untuk pemeriksaan veterinar.

⚠️ Kucing Jantan Tak Boleh Kencing?

Jika kucing, terutama kucing jantan, berulang kali meneran tetapi langsung tidak dapat kencing atau hanya keluar sangat sedikit, dapatkan rawatan veterinar dengan segera.

Urinary blockage boleh menjadi kecemasan yang serius dan tidak sesuai ditunggu di rumah.

Check Juga Bahagian Kulit

Selain masalah kencing, kemerahan, luka, bengkak atau iritasi di sekitar kemaluan juga boleh menyebabkan kucing kerap menjilat.

Elakkan menggunakan ubat atau krim manusia tanpa arahan vet.

Di MeowCasa Boutique Cat Hotel & Spa, rutin litter box merupakan antara perkara penting yang diperhatikan ketika kucing menginap.

Menjilat sekali-sekala mungkin normal. Tapi kalau terlalu kerap, jangan tengok grooming sahaja, check juga cara kucing kencing.

Categories: Cat Guide

Browse by categories