Kucing Muntah Buih Putih: Normal atau Perlu Risau?


Pernah nampak kucing muntah buih putih walaupun tiada makanan yang keluar? Sekali berlaku mungkin tidak semestinya serius, tetapi jika muntah berulang atau disertai simptom lain, ia tidak patut diabaikan.

Buih putih biasanya terbentuk daripada campuran cecair dan udara dalam perut. Persoalannya, kenapa ia berlaku?




1. Perut Kosong Terlalu Lama

Salah satu kemungkinan ialah perut kucing sudah lama kosong. Apabila tiada makanan di dalam perut, kucing mungkin memuntahkan sedikit cecair atau buih.

Jika ia kerap berlaku sebelum waktu makan, perhatikan jadual pemakanan kucing dan bincangkan dengan veterinar jika masalah berterusan.

2. Hairball

Kucing menelan bulu ketika membersihkan dirinya. Kadangkala kucing akan menunjukkan gerakan seperti hendak muntah dan mengeluarkan buih sebelum hairball keluar.

Kucing berbulu panjang atau yang mengalami shedding banyak mungkin menelan lebih banyak loose fur.

Brushing dan grooming secara berkala boleh membantu mengurangkan jumlah bulu mati yang tertelan, tetapi ia tidak dapat mencegah semua episod muntah.

3. Gangguan Pada Sistem Pencernaan

Muntah buih juga boleh berlaku apabila perut atau saluran pencernaan mengalami gangguan.

Ia boleh berkaitan dengan perubahan makanan, termakan sesuatu yang tidak sesuai atau pelbagai masalah gastrointestinal yang lain.

Jika muntah berulang, jangan cuba menentukan puncanya berdasarkan warna muntah sahaja.

4. Termakan Benda Asing

Kucing suka bermain dengan tali, plastik, getah dan objek kecil. Jika tertelan, sesetengah benda asing boleh menyebabkan masalah pada saluran pencernaan.

Jika kucing muntah berulang kali dan anda mengesyaki ia telah menelan sesuatu, dapatkan pemeriksaan veterinar dengan segera.

5. Masalah Kesihatan Lain

Kucing muntah buih putih juga boleh berlaku bersama pelbagai keadaan kesihatan lain. Sebab itu penting untuk melihat keadaan keseluruhan kucing dan bukan muntah sahaja.

Perhatikan selera makan, berat badan, tahap aktiviti, kekerapan muntah serta perubahan pada kencing dan najis.

Bila Perlu Risau?

Dapatkan pemeriksaan veterinar jika kucing:

  • - Muntah berkali-kali atau semakin kerap
  • - Tidak mahu makan atau minum
  • - Kelihatan lemah atau lesu
  • - Mengalami cirit-birit
  • - Berat badan semakin turun
  • - Menunjukkan tanda sakit
  • - Muntah mengandungi darah
  • - Disyaki tertelan benda asing atau bahan beracun
Untuk kitten, kucing senior atau kucing yang mempunyai masalah kesihatan sedia ada, lebih baik dapatkan nasihat veterinar lebih awal.

Jangan Terus Anggap Ia Hairball

Hairball memang biasa dikaitkan dengan muntah pada kucing, tetapi tidak semua muntah adalah disebabkan hairball.

Jika kucing muntah buih putih sekali dan selepas itu masih aktif, makan serta berkelakuan seperti biasa, anda boleh memantaunya. Namun, muntah yang berulang memerlukan perhatian.

Di MeowCasa Boutique Cat Hotel & Spa, jika kucing yang datang untuk grooming atau boarding menunjukkan simptom muntah atau kelihatan tidak sihat, owner mungkin dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan veterinar terlebih dahulu.

Muntah sekali mungkin boleh dipantau. Muntah berulang kali bukan sesuatu yang patut dianggap normal.

Categories: Cat Guide

Browse by categories