Pernah nampak kucing tiba-tiba duduk, tidur atau baring dalam litter box? Nampak pelik sebab litter box sepatutnya tempat mereka membuang najis, bukannya tempat berehat.
Sekali-sekala mungkin tidak membimbangkan. Tetapi jika kucing mula menghabiskan banyak masa dalam litter box secara tiba-tiba, tingkah laku ini patut diberi perhatian.

1. Kucing Rasa Lebih Selamat Di Situ
Kucing yang takut, stress atau berada di tempat baharu mungkin mencari kawasan kecil yang mempunyai bau mereka sendiri.Litter box mempunyai bau yang sangat familiar. Sebab itu sesetengah kucing memilih untuk duduk di dalamnya apabila mereka berasa tidak selamat.
Perkara ini boleh berlaku selepas berpindah rumah, terdapat haiwan baharu atau ketika kucing sedang menyesuaikan diri dengan persekitaran asing.

2. Stress atau Anxiety
Perubahan rutin juga boleh menyebabkan stress pada kucing.Antara perubahan yang mungkin memberi kesan ialah:
- - Berpindah rumah
- - Kehadiran kucing atau haiwan baharu
- - Tetamu atau orang yang tidak dikenali
- - Bunyi bising
- - Perubahan rutin harian
- - Konflik antara kucing dalam rumah

3. Ada Masalah Ketika Kencing
Ini bahagian yang paling penting.Kadangkala owner menyangka kucing sedang baring dalam litter box, sedangkan sebenarnya kucing kerap masuk kerana cuba membuang air kecil.
Perhatikan jika kucing:
- - Kerap keluar masuk litter box
- - Meneran ketika kencing
- - Hanya mengeluarkan sedikit air kencing
- - Mengiau ketika cuba kencing
- - Menjilat bahagian kemaluan dengan kerap
- - Terdapat darah dalam air kencing
Jika kucing berulang kali cuba kencing tetapi langsung tidak dapat mengeluarkan air kencing, terutama kucing jantan, ia boleh menjadi kecemasan dan memerlukan rawatan veterinar dengan segera.
4. Kucing Sedang Tidak Sihat
Sesetengah kucing akan bersembunyi atau memilih tempat yang pelik apabila mereka tidak sihat.Jika tabiat baring dalam litter box muncul secara tiba-tiba bersama simptom seperti kurang makan, muntah, lesu atau perubahan tabiat kencing dan membuang najis, jangan abaikannya.
Dapatkan pemeriksaan veterinar untuk mengetahui punca sebenar.
5. Litter Box Menjadi “Safe Space”
Untuk kitten atau kucing yang baru masuk ke rumah baharu, litter box kadangkala menjadi satu-satunya kawasan yang mempunyai bau mereka sendiri.Namun, tidur di dalam litter box bukan tabiat yang ideal. Sediakan tempat tidur dan hiding spot yang tenang supaya kucing mempunyai pilihan tempat berlindung yang lebih bersih dan selesa.
Jadi, Normal Ke Kucing Baring Dalam Litter Box?
Ia bergantung kepada keadaan.Jika berlaku ketika kucing baru menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu, ia mungkin berkaitan dengan rasa takut atau stress. Tetapi jika tabiat ini muncul secara tiba-tiba terutama bersama perubahan kencing, jangan anggap ia sekadar perangai pelik.
Di MeowCasa Boutique Cat Hotel & Spa, tingkah laku, keadaan dan rutin asas kucing yang menginap akan diperhatikan sepanjang tempoh boarding. Perubahan yang luar biasa akan dimaklumkan kepada owner supaya tindakan yang sesuai boleh diambil.
Kadangkala perangai pelik kucing memang sekadar perangai kucing. Tetapi perubahan tingkah laku secara tiba-tiba juga boleh menjadi cara si bulus memberitahu kita bahawa ada sesuatu yang tidak kena.