Kenapa Bulu Kucing Gugur Banyak Walaupun Indoor?


“Kucing saya indoor je, kenapa bulu tetap gugur banyak?”

Ramai owner menganggap kucing yang duduk sepenuhnya di dalam rumah sepatutnya kurang mengalami masalah shedding. Sebenarnya, bulu kucing gugur banyak walaupun indoor masih boleh berlaku dan dalam kebanyakan keadaan, shedding merupakan proses semula jadi.

Namun, jika keguguran menjadi terlalu banyak atau disertai perubahan pada kulit, ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian.

1. Shedding Adalah Proses Semula Jadi

Bulu kucing mempunyai kitaran pertumbuhan tersendiri. Bulu lama akan gugur dan digantikan dengan bulu baharu.

Walaupun tidak terdedah kepada cuaca luar, indoor cat masih mengalami proses ini. Suhu rumah, pencahayaan dan penggunaan air-cond juga boleh mempengaruhi corak shedding sepanjang tahun.

Jadi, nampak bulu pada sofa atau pakaian tidak semestinya bermaksud kucing mempunyai masalah kesihatan.

2. Bulu Mati Terperangkap Dalam Coat

Terutama bagi kucing yang mempunyai coat tebal seperti British Shorthair, Persian, Maine Coon atau Ragdoll, banyak loose fur boleh tersimpan di dalam coat.

Apabila kucing berjalan, bermain atau anda mengusapnya, barulah bulu tersebut keluar dengan banyak.

Sebab itu kadangkala selepas disikat, kita terkejut melihat berapa banyak bulu mati yang sebenarnya tersembunyi.

3. Kurang Brushing & Grooming

Jika loose fur tidak dikeluarkan secara berkala, ia boleh terus terkumpul.

Untuk kucing berbulu panjang, bulu mati yang bercampur dengan minyak dan bulu lain juga boleh menyebabkan tangles dan akhirnya menjadi matted fur.

Brushing di rumah serta professional grooming secara berkala boleh membantu menguruskan shedding dan memastikan coat lebih terurus.

4. Kucing Terlalu Kerap Menjilat Badan

Jika kucing mengalami kegatalan atau ketidakselesaan, mereka mungkin menjilat badan secara berlebihan.

Ini boleh menyebabkan bulu semakin menipis pada kawasan tertentu.

Perhatikan jika kucing kerap menjilat atau menggigit kawasan yang sama, terutama jika terdapat kemerahan, kelemumur, luka atau tompok botak.

5. Pemakanan & Kesihatan Juga Boleh Mempengaruhi Coat

Keadaan bulu boleh mencerminkan kesihatan keseluruhan kucing.

Pemakanan yang tidak seimbang atau sesetengah masalah kesihatan boleh mempengaruhi keadaan kulit dan bulu. Jika shedding berubah secara mendadak atau menjadi luar biasa, pemeriksaan veterinar mungkin diperlukan untuk mengenal pasti puncanya.

Bila Bulu Gugur Perlu Dirisaukan?

Shedding biasa selalunya berlaku secara lebih sekata pada seluruh badan.

Lebih baik dapatkan pemeriksaan jika anda melihat:


  • 1. Tompok botak
  • 2. Bulu gugur secara mendadak
  • 3. Kulit merah atau bersisik
  • 4. Kucing menggaru berlebihan
  • 5. Luka pada kulit
  • 6. Perubahan pada selera makan atau berat badan
Keadaan seperti ini mungkin bukan sekadar normal shedding.

Bolehkah Grooming Kurangkan Shedding?

Grooming tidak boleh menghentikan proses shedding sepenuhnya kerana ia merupakan proses semula jadi.

Namun, de-shedding dan professional grooming boleh membantu mengeluarkan loose fur dan undercoat yang telah mati, supaya kurang bulu berterbangan di rumah dan kurang bulu tertelan ketika kucing membersihkan dirinya.

Di MeowCasa Boutique Cat Hotel & Spa, keadaan kulit dan coat akan diperiksa terlebih dahulu sebelum sesi grooming. Rawatan yang sesuai boleh dicadangkan berdasarkan keadaan coat setiap kucing. Click sini kalau nak book slot grooming ---> Meowcasa Boutique Cat Hotel & Spa

Jadi kalau kucing indoor anda masih shedding, jangan pelik. Indoor bukan bermaksud tak gugur bulu, yang penting ialah tahu membezakan normal shedding dengan keguguran bulu yang tidak normal.

Categories: Cat Guide

Browse by categories