Baru sahaja habis makan, tiba-tiba makanan keluar semula. Kalau perkara ini berlaku pada si bulus anda, mesti tertanya-tanya kenapa kucing muntah lepas makan?
Ia boleh berlaku kerana perkara yang ringan seperti makan terlalu cepat, tetapi jika kerap berulang, ia juga boleh menjadi tanda masalah yang memerlukan pemeriksaan veterinar.
1. Kucing Makan Terlalu Cepat
Ini antara punca yang biasa berlaku. Sesetengah kucing makan dengan terlalu laju, terutama jika terlalu lapar atau tinggal bersama kucing lain dan terasa perlu berebut makanan.Makanan boleh keluar semula tidak lama selepas makan dan masih kelihatan hampir tidak hadam.
Keadaan ini kadangkala sebenarnya regurgitation, bukan muntah sebenar.
Cuba berikan portion yang lebih kecil tetapi lebih kerap atau gunakan slow feeder untuk memperlahankan waktu makan.
2. Hairball
Kucing membersihkan badannya dengan menjilat bulu. Dalam proses tersebut, bulu mati turut tertelan.Jika terlalu banyak bulu terkumpul dalam saluran pencernaan, ia boleh menyebabkan hairball dan sesetengah kucing mungkin muntah.
Kucing berbulu panjang atau mengalami shedding yang banyak biasanya memerlukan penjagaan coat yang lebih konsisten.
3. Pertukaran Makanan Terlalu Cepat
Baru tukar kibble atau wet food?Pertukaran diet secara mendadak boleh menyebabkan gangguan pencernaan pada sesetengah kucing. Jika mahu menukar makanan, lakukan secara berperingkat supaya sistem pencernaan mempunyai masa untuk menyesuaikan diri.
4. Makanan Tidak Sesuai
Sesetengah kucing mungkin mempunyai sensitiviti terhadap bahan tertentu dalam makanan.Jika muntah sering berlaku selepas mengambil makanan tertentu, catat jenis makanan dan simptom lain yang berlaku. Maklumat ini boleh membantu veterinar menentukan langkah seterusnya.
Jangan terus menukar makanan berkali-kali kerana ia juga boleh mengganggu sistem pencernaan.
5. Ada Masalah Kesihatan
Jika kucing muntah lepas makan dengan kerap, jangan anggap semuanya berpunca daripada makan terlalu cepat.Muntah berulang boleh dikaitkan dengan pelbagai masalah kesihatan seperti gangguan saluran pencernaan, parasit, benda asing atau penyakit tertentu.
Punca sebenar memerlukan pemeriksaan veterinar.
Bila Perlu Risau?
Bawa kucing berjumpa veterinar jika:- 1. Muntah berlaku berulang kali
- 2. Tidak mahu makan atau minum
- 3. Berat badan semakin turun
- 4. Kelihatan lesu atau lemah
- 5. Mengalami cirit-birit
- 6. Terdapat darah dalam muntah
- 6. Menunjukkan tanda kesakitan
- 7. Disyaki tertelan tali, plastik atau benda asing
Grooming Boleh Membantu Masalah Hairball?
Grooming tidak merawat punca perubatan muntah. Namun, bagi kucing yang banyak shedding, grooming secara berkala boleh membantu menanggalkan loose fur sebelum terlalu banyak tertelan ketika kucing menjilat badan.Di MeowCasa Boutique Cat Hotel & Spa, keadaan coat akan diperiksa sebelum sesi grooming supaya rawatan yang sesuai boleh dicadangkan berdasarkan keadaan bulu kucing.
Jika muntah berlaku dengan kerap, pemeriksaan veterinar tetap perlu dilakukan terlebih dahulu.
Kesimpulan
Kucing muntah selepas makan boleh berlaku kerana makan terlalu cepat, hairball atau perubahan diet. Tetapi jika ia menjadi perkara yang kerap berlaku, jangan hanya menganggapnya sebagai perkara biasa.Sekali mungkin boleh dipantau. Kalau berkali-kali, cari puncanya.