Pernah nampak kucing anda kerap garu telinga atau geleng kepala? Ramai owner mungkin menganggap telinganya sekadar kotor. Namun, jika ia berlaku terlalu kerap, mungkin ada sesuatu yang menyebabkan telinga kucing berasa gatal atau tidak selesa.
Jangan terus bersihkan telinga tanpa mengetahui puncanya. Ada beberapa keadaan yang memerlukan perhatian lebih lanjut.
1. Telinga Terlalu Kotor
Pengumpulan earwax atau kotoran boleh menyebabkan ketidakselesaan pada sesetengah kucing.Sedikit earwax boleh menjadi normal, tetapi jika kotoran terlalu banyak, berbau atau cepat muncul semula selepas dibersihkan, ia mungkin bukan sekadar masalah kebersihan.
2. Ear Mites (Hama Telinga)
Hama telinga merupakan parasit kecil yang boleh menyebabkan kegatalan kuat.Antara tanda yang boleh diperhatikan ialah kucing kerap menggaru telinga, geleng kepala dan terdapat kotoran berwarna coklat gelap atau kehitaman di dalam telinga.
Ear mites boleh merebak antara haiwan, jadi pemeriksaan dan rawatan yang betul adalah penting.
3. Jangkitan Telinga
Jangkitan juga boleh menyebabkan kucing menggaru dan menunjukkan rasa tidak selesa.Perhatikan tanda seperti:
- a. Telinga berbau tidak menyenangkan
- b. Kemerahan atau bengkak
- c. Keluar cecair dari telinga
- d. Kucing tidak suka telinga disentuh
- e. Kerap menggelengkan kepala
- f. Menggaru sehingga menyebabkan luka
4. Alahan atau Masalah Kulit
Kegatalan pada telinga juga boleh berkaitan dengan alahan atau masalah kulit. Dalam keadaan tertentu, anda mungkin turut melihat kegatalan, kemerahan, kelemumur atau kehilangan bulu pada bahagian badan yang lain.Punca sebenar perlu dikenal pasti sebelum rawatan diberikan.
Jangan Bersihkan Telinga Terlalu Dalam
Elakkan memasukkan cotton bud jauh ke dalam saluran telinga kucing. Ia boleh menyebabkan kecederaan atau menolak kotoran lebih dalam.Pembersihan telinga juga tidak akan menyelesaikan masalah jika kegatalan sebenarnya berpunca daripada ear mites atau jangkitan.
Bila Perlu Jumpa Veterinar?
Jika kucing terus menggaru telinga, geleng kepala dengan kerap, telinga berbau, bernanah, berdarah atau kelihatan sakit apabila disentuh, dapatkan pemeriksaan veterinar.Menggaru terlalu kuat juga boleh menyebabkan luka dan kecederaan pada telinga.
Pemeriksaan Telinga Semasa Grooming di MeowCasa
Di MeowCasa Boutique Cat Hotel & Spa, pemeriksaan asas telinga merupakan sebahagian daripada proses grooming kami.Jika terdapat pengumpulan kotoran atau keadaan telinga yang mencurigakan, kami akan memaklumkan kepada owner. Pembersihan boleh dilakukan apabila sesuai, tetapi jika terdapat tanda jangkitan, ear mites atau masalah kesihatan lain, pemeriksaan veterinar akan disarankan.
Ingat, kucing kerap garu telinga bukan semestinya kerana telinga kotor. Mengenal pasti puncanya lebih awal dapat membantu mengelakkan masalah menjadi semakin teruk.