Kucing Ada Luka Pada Kulit? Apa Yang Perlu Dilakukan?



Menemui luka pada kulit kucing boleh membuatkan owner risau, terutama jika kawasan tersebut merah, berdarah atau kucing asyik menjilat dan menggarunya.

Luka pada kulit kucing boleh berlaku disebabkan pelbagai perkara. Walaupun sesetengah luka kelihatan kecil, ia tidak sepatutnya diabaikan kerana jangkitan boleh berlaku.

Apa Punca Luka Pada Kulit Kucing?

Antara punca yang mungkin menyebabkan luka ialah:

  • 1. Bergaduh atau digigit kucing lain
  • 2. Menggaru kulit secara berlebihan
  • 3. Kutu atau parasit
  • 4. Masalah kulit dan kegatalan
  • 5. Trauma atau terkena objek tajam
  • 6. Jangkitan pada kulit
7. Kadangkala luka juga tersembunyi di bawah bulu tebal dan hanya disedari ketika menyikat atau memandikan kucing.

Apa Yang Perlu Dilakukan?

Jika anda menemui luka, perhatikan saiz, kedalaman dan keadaan kawasan tersebut.

Elakkan menyapu ubat manusia, minyak atau bahan antiseptik tanpa mengetahui sama ada produk tersebut selamat untuk kucing.
Untuk luka yang dalam, bengkak, bernanah, berbau, berdarah atau tidak menunjukkan tanda sembuh, dapatkan pemeriksaan veterinar.

Perhatikan Perubahan Tingkah Laku. Selain keadaan luka, perhatikan juga tingkah laku kucing.


Bawa kucing berjumpa veterinar jika kucing:

  • 1. Tidak mahu makan
  • 2. Kelihatan lemah atau bersembunyi
  • 3. Menjilat luka secara berlebihan
  • 4. Menunjukkan kesakitan apabila disentuh
  • 5. Mengalami bengkak atau keluar nanah
  • 6. Luka semakin besar atau teruk


Bolehkah Kucing Yang Ada Luka Pergi Grooming?

Ia bergantung kepada keadaan luka.

Jika terdapat luka terbuka, jangkitan atau kucing menunjukkan kesakitan, sesi grooming sebaiknya ditangguhkan sehingga kucing diperiksa oleh veterinar.

Memandikan atau melakukan grooming pada kawasan yang cedera tanpa mengetahui puncanya boleh menyebabkan ketidakselesaan dan berpotensi memburukkan keadaan.

Pemeriksaan Sebelum Grooming di MeowCasa

Di MeowCasa Boutique Cat Hotel & Spa, pemeriksaan kulit dan bulu dilakukan sebelum sesi grooming.

Jika groomer menemui luka, keradangan atau keadaan kulit yang mencurigakan, kami akan memaklumkan kepada owner sebelum meneruskan servis. Jika keadaan memerlukan rawatan perubatan, pemeriksaan veterinar akan disarankan terlebih dahulu.

Mengesan luka lebih awal boleh membantu mengelakkan masalah kecil daripada menjadi lebih serius.

Categories: Cat Guide

Browse by categories