Bulu kucing yang sihat biasanya terasa lembut, bersih dan tidak terlalu berminyak. Namun, ada sesetengah kucing yang mempunyai bulu melekit, berbau atau kelihatan seperti tidak bersih walaupun hanya beberapa minggu selepas mandi.
Jadi, kenapa bulu kucing jadi berminyak?
1. Pengumpulan Minyak Semula Jadi
Kulit kucing menghasilkan minyak semula jadi atau sebum untuk melindungi kulit dan bulu. Namun, apabila minyak terkumpul secara berlebihan, bulu boleh menjadi greasy, melekit dan mudah memerangkap kotoran.Bahagian tertentu seperti belakang badan dan pangkal ekor juga boleh menjadi lebih berminyak berbanding kawasan lain.
2. Kucing Tidak Grooming Diri Dengan Baik
Kucing biasanya membersihkan badannya sendiri. Tetapi kucing senior, obes atau mempunyai masalah pergerakan mungkin sukar mencapai sesetengah bahagian badan.Akibatnya, minyak, bulu mati dan kotoran lebih mudah terkumpul.
3. Stud Tail
Jika minyak tertumpu pada bahagian pangkal ekor, ia mungkin berkaitan dengan keadaan yang dikenali sebagai stud tail.Kawasan tersebut boleh kelihatan sangat berminyak, mempunyai bintik hitam atau bulu yang melekat antara satu sama lain. Walaupun lebih biasa dikaitkan dengan kucing jantan, ia juga boleh berlaku pada kucing lain.
4. Masalah Kulit
Bulu berminyak yang berlaku bersama kelemumur, kegatalan, kemerahan, bau tidak normal atau bulu gugur mungkin menunjukkan masalah kulit.Dalam keadaan ini, pemeriksaan veterinar disarankan untuk mengenal pasti punca sebenar.
Bolehkah Grooming Membantu?
Ya, jika masalah tersebut berpunca daripada pengumpulan minyak dan kotoran.Professional grooming dengan proses degreasing yang sesuai boleh membantu menanggalkan lebihan minyak, membersihkan kulit dan mengembalikan keadaan bulu yang lebih bersih.
Namun, grooming bukan pengganti rawatan veterinar sekiranya terdapat penyakit kulit.
Penjagaan Kulit & Bulu di MeowCasa
Di MeowCasa Boutique Cat Hotel & Spa, keadaan kulit dan bulu akan diperiksa sebelum sesi grooming bermula.Bagi kucing yang mempunyai coat terlalu berminyak atau pengumpulan sebum, groomer kami boleh mencadangkan rawatan yang lebih sesuai seperti Luxury Basic bagi membantu membersihkan minyak dan kotoran dengan lebih menyeluruh.
Kulit dan bulu yang sihat bukan sekadar tentang penampilan. Jika bulu kucing semakin berminyak, berbau atau berubah daripada keadaan biasanya, jangan abaikan tanda tersebut.
Nak book slot grooming? Tekan link di sini ----> Meowcasa Boutique Cat Hotel & Spa