Kucing Ada Kutu? Ini Tanda, Punca & Cara Mengatasinya



Kutu merupakan antara masalah yang sering dialami oleh kucing, sama ada kucing indoor mahupun outdoor. Jika tidak dirawat dengan segera, kutu boleh menyebabkan kegatalan, kerengsaan kulit dan ketidakselesaan kepada si bulus.



Tanda-Tanda Kucing Ada Kutu

Antara simptom yang biasa berlaku ialah:

  • 1. Kerap menggaru badan atau telinga
  • 2. Menggigit atau menjilat bahagian tertentu secara berlebihan
  • 3. Bulu mula gugur di beberapa kawasan
  • 4. Terdapat bintik hitam halus pada bulu atau kulit (najis kutu)
  • 5. Kulit menjadi kemerahan atau mengalami kerengsaan
6. Sekiranya masalah ini dibiarkan berpanjangan, sesetengah kucing boleh mengalami jangkitan kulit atau alahan akibat gigitan kutu.



Punca Kucing Dijangkiti Kutu

Kutu boleh menjangkiti kucing melalui pelbagai cara, antaranya:

  • 1. Bersentuhan dengan haiwan lain yang mempunyai kutu
  • 2. Persekitaran yang tercemar dengan telur atau larva kutu
  • 3. Dibawa masuk ke dalam rumah melalui pakaian, kasut atau barangan lain
  • 4. Tiada perlindungan kutu secara berkala
5. Walaupun kucing tidak keluar rumah, risiko dijangkiti kutu masih wujud.



Cara Mengatasi Masalah Kutu

Jika anda mengesyaki kucing mempunyai kutu, tindakan awal sangat penting.

Beberapa langkah yang boleh dilakukan ialah:

  • 1. Gunakan rawatan kutu yang disyorkan oleh veterinar.
  • 2. Bersihkan tempat tidur, carrier dan kawasan yang sering digunakan oleh kucing.
  • 3. Vakum rumah secara berkala bagi membantu mengurangkan telur dan larva kutu.
  • 4. Elakkan menggunakan produk yang tidak sesuai tanpa nasihat profesional.

Selain itu, sesi mandian dan grooming yang sesuai dapat membantu membersihkan bulu serta memudahkan pemeriksaan keadaan kulit kucing.

Pencegahan Lebih Baik Daripada Merawat

Cara terbaik untuk mengurangkan risiko kutu ialah dengan melakukan pencegahan secara berkala.
Penggunaan produk pencegahan kutu mengikut jadual, penjagaan kebersihan persekitaran serta pemeriksaan bulu secara rutin boleh membantu memastikan kucing sentiasa sihat dan selesa.


Bagaimana MeowCasa Boleh Membantu?

Di MeowCasa Boutique Cat Hotel & Spa, setiap kucing akan melalui pemeriksaan asas sebelum memulakan sesi grooming atau daftar masuk ke hotel.

Sekiranya terdapat tanda-tanda kutu, kami akan memaklumkan kepada pemilik dan mencadangkan rawatan yang bersesuaian. Untuk keselamatan semua kucing yang menginap, kami juga menggalakkan langkah pencegahan kutu sebelum sesi boarding.

Sekiranya kucing anda mengalami kegatalan, bulu gugur atau disyaki mempunyai kutu, jangan tunggu sehingga masalah menjadi lebih serius. Rawatan awal dapat membantu mengurangkan risiko komplikasi serta memastikan kulit dan bulu kucing kekal sihat.

Boleh inquiry kami di sini ---> Meowcasa Boutique Cat Hotel & Spa

Categories: Cat Guide

Browse by categories